Monday, January 24, 2011

Al-Fatihah...

Tanggal 20 Januari 2011, jam 8:10 malam; insan yg kami adik-beradik panggil 'Paksu' pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya... Al-Fatihah utk Allahyarham Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan...


Utk penduduk Jasin dan Merlimau, beliau merupakan seorang pemimpin yang mesra rakyat..

Utk kami sekeluarga, beliau adalah seorang suami, ayah, adik, ipar, paksu, paklang dan toksu yang terbaik, penyayang dan sanggup berkorban apa sahaja utk keluarga tersayang...

Pemergiannya amat2laa dirasai...Sedih melihat keadaan mak. Mak seolah2 hilang semangat.. Pada Paksu mak selalu mengadu.. Kalau mak tak tepon Paksu, Paksu tepon mak.. Mak ibarat ibu dan ayah pada Paksu kerana arwah Wan dan Atuk pergi masa Paksu masih bersekolah. Mak berhajat utk menunaikan haji bersama2 arwah dan maksu tahun ini.. Tapi sedihlaa tgk keadaan mak. Sedangkan kami adik-beradik tak boleh tahan, inikan mak... Harap mak dapat kuatkan semangat ye..

Masih terngiang2 lagi senyum dan gelak tawa Paksu...
Masih belum dapat terima bahawa Paksu sudah tiada lagi.. Rasa mcm Paksu ada je lagi.. Ya, Paksu memang sentiasa akan ada di hati ini sampai ke akhirnya...

Mengapa Ya Allah, mengapa ambil Paksu terlalu awal? Ketika keluarga masih dan amat memerlukan beliau di sisi...aku tidak boleh mcm ni, berdosa menidakkan Qada' dan Qadar dari Tuhan... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Paksu... Paksu pergi pada malam Jumaat, ramai sangat org yg bersama2 dlm pengendalian jenazah sehingga selesai; dari mandi, sembahyang sehinggalah pengebumian.. Ramai sgt org..Terima kasih pada semua yer... Tuhan shj yg dapat membalasnya..

Kita ckp pada anak2.. 'Toksu dah takde, tapi Iya, Ameir ngan Ica kena ingat Toksu sampai bila2...' Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg soleh dan beriman.. Ameen, Al-Fatihah....

*** Rasa mcm dah taknak preggy lagi coz semuanya akan mengingatkan pada arwah... Siapa nak buatkan air selusuh Ina lepas ni, takde dah paksu nak jaga Ina kat hospital...:( ... Ina rindu paksu...

4 comments:

misswhatever said...

takziah akk..smoga rohnya dicucuri rahmat dan tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AMIN..
akk kne kuatkan semangat k..

win said...

Terima kasih rehan...

Anonymous said...

sedih la Na baca post ko ni....buat teringat pada paksu...memang mcm tak boleh nak caya paksu dah takda....macam terasa masih ada aje dengan kita...kenapa la Tuhan ambik paksu mcm tu aje kan, tak kasi kita peluang untuk bersama lebih lama...harap2 paksu bahagia dan tenang di sana...kita tak mungkin akan lupakan paksu...sayang paksu.

along.

win said...

Sayang paksu, rindu paksu.. :(