Semalam; 20 Mac '11 genap 2 bulan pemergian paksu dan semalam juga semuanya selesai sepenuhnya... Alhamdulillah, Majlis perkahwinan puteri paksu; Syarafina Adilah a.k.a Kakak dgn pasangannya semuanya berjalan lancar, dari majlis pernikahan, reception belah perempuan dan juga belah lelaki.. Alhamdulillah... Paksu jgn susah hati lagi yerr, dah selesai dah semuanyaaa.. Moga paksu tenang di sana... Al-Fatihah....
Paksu, mesti paksu dah tau kan.. Kg Tersusun Lipat Kajang telah diberi nama sempena nama paksu, appreciation dari penduduk Merlimau utk paksu..
Majlis kakak bermula dgn majlis pernikahan pada 18 Mac @ Jumaat selepas solat Jumaat. Plan asalnya suppose lepas asar, since ada kehadiran tetamu istimewa iaitu TYT Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, majlis diawalkan ke lepas Jumaat. Selepas bacaan tahlil, majlis bermula. Kakak dinikahkan oleh abg sulungnya; Fairuz. Dgn 2 kali lafaz, kakak sah sebagai isteri.. Tahniah kakak yer... :) ... Saat2 ni, sebak sangat rasa hati ni, mengenangkan paksu takde utk menyaksikan detik2 bersejarah utk anakanda nya ini... Tapi kita tau, paksu sentiasa ada kan...
Majlis esoknya; 19 Mac '11 berlangsung di Dewan Alamanda @ Jasin. Majlis berjalan dgn lancar. Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyerikan lagi majlis kakak ni... Esoknya, majlis bertandang di Klebang, Melaka juga berjalan dgn baik dan lancar... Sekali lagi, hati ini sebak masa menghantar kakak ni. Ingat lagi, masa kite kahwin dulu.. paksu yg hantar kite masa nak bertandang ke Semarak, KL. Naik kete Pajero paksu masa tu... :(
Alhamdulillah.... selesai sudah semuanya. Utk kakak & hubby, Congratulations & Selamat Pengantin Baru! Moga berbahgia hingga ke akhirnya... InsyaAllah....
*** Masa kat Klebang tu, tensi tensi... Sejam setengah sorang2 dlm kete, kete kene blok!!!.. Isk isk.. Pastu bila tegur 'nape park camni?'.. kalau minta maaf takpe, ini kite plak mcm nak dimarahnye.. Marahnya!!! mana adab org melayu??? Isk isk....


No comments:
Post a Comment