Thursday, November 14, 2013

30 Hari Yg Menyakitkan...

Mak,

Hari ini genap 30 hari Mak pergi mengadap Yang Maha Kuasa... Selama 30 hari ni laa; Ina, Along, Angah, Adik merintih dan merindukan Mak... Rindu Mak sgt2..... :(

Mak, 

Ina masih mcm dulu... berulang tetiap hari pi keje. Uruskan budak2..Uruskan rumah.. Mak selalu kesiankan Ina kan? Mak slalu ckp kat adik... 'Akak penat tu', 'Akak tak larat', 'Sian Akak...' Bila hari Jumaat, Mak mesti masak lebih, bagi Ina bwk balik, nanti balik Ina takyah penat2 masak... Tapi sekarang tiada lagi.... :(

Mak,

Ina nak jadi macam Mak! Ina nak kuat mcm Mak! Mak slalu ckp, Mak dulu naik bas turun bas nak hantar anak2 ke rumah Mak Lang kan... Sememang nya Mak Ina seorang yg kuat, Mak Ina seorang yg tabah yg dapat membesarkan 3 org adik2 sehingga besar (arwah Wan pergi masa Mak form 2) dan 4 orang anak2 Mak sehingga berjaya sekarang ni... Kasih sayang, pengorbanan, susah payah dan penat lelah Mak membesarkan Ina takkan Ina lupakan sampai bila2 Mak...Mak sentiasa di hati Ina selamanya.....
 


Al-Fatihah utk Mak...

:
:
:
 

No comments: