Friday, March 18, 2016

Dyslexia




Risau kan bila tgk one of your child having writing like this? Ermp... Tulisan di atas adalah tulisan Ica... :( Nampak kan ada huruf2 yg terbalik. Actually, detected yg tulis terbalik ni since 4yrs.. tapi thinking that Ica baru je masuk skolah, maybe by 6yrs akan improve... Tapi ini sudah 6yrs, masih mcm tu lagi... Dan since end of last year, teacher kindy pun ada menyuarakan comments utk Ica ni yg mana tak focus dlm kelas, bila ajar baca pun asyik lupa je and teacher kena slalu ulang2...

Masa tu, ingat sbb dia dah bosan sekolah sbb dari 4thn dah masuk kindy. Tapi bila kita mula focus betul2 pada reading Ica @ home sbb pk next year Ica dah nak masuk standard 1, I've found the same thing... yg mana Ica ni mudah lupa in her reading. Bila kita ajar yg baru, yg lama dah lupa.. kita kene repeat balik...

Looking at her condition, kita risau sgt2 Ica ni maybe having 'Dyslexia'...:( 

Immediately google the net pasal Dyslexia ni and cuba find centre/hospital yg ada buat assestment for Dyslexia.. Carik2 jumpa yg terdekat ada di Lavendar Height, Persatuan Dyslexia Seremban. Last weekend, terus bawak Ica for the assessment. Fasilitator di situ, Pn. Azizah made a short assessment on Ica and below are the results! ... :(



Kita nak cuba cari 2nd opinion before made a conclusion on Ica's condition. Kali ni nak bawa Ica for hospital specialist. Susah nak carik Paed yg major on child development. Google punya google, kita jumpa ada 3 hospital yg ada doctors/specialists hopefully boleh bantu Ica - HUKM, Subang Jaya Medical Center, Pantai Hospital KL. So, lepas discuss dgn hubby, decided nak bawa Ica for Pantai Hospital KL. Btw, dekat dgn my office..Alhamdulillah.

Nanti kite update on the assesment done @Pantai Hospital ye...

Info on Dyslexia from DoktorBudak.com...Byk lagi info from the net on Dyslexia...

Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ  sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak.
Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia.
Oleh yang demikian dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai  bidang pembelajaran mereka.
Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.
Antara simptom-simptom dyslexia adalah:
  • Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  • Tersalah pakai kasut
  • Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  • Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  • Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  • Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  • Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  • Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  • Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  • Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  • Sukar menamakan objek
  • Keliru antara kiri dan kanan
  • Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  • Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  • Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  • Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
  • Sukar mengenal masa/ membaca jam
  • Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
  • Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  • Sukar membaca secara fonik
  • Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexicdengan lebih bagus.
:
:
:

Hopefully condition Ica tak teruk sgt, and ada cara to improve her...Mohon dipermudahkan segala urusan.. Ameen




No comments: