Mak: 5.8.1948 - 14.10.2013
Lepas mak balik dari mengerjakan Haji pada 2011 yg lepas, mak selalu kata mak nak pergi Mekah lagi kan? Mak kata mak nak tinggal terus dan belajar di sana. Rasanya seolah-olah DIA memperkenankan permintaan Mak di saat2 akhir mak... Perginya mak meninggalkan kami semua di hari
yang sangat mulia di sisi Islam iaitu Hari Arafah, hari dan waktu di mana
Allah SWT memperkenankan doa hamba-hamba yg ikhlas kepadaNya. Sayup2 suara takbir Aidiladha mengiringi pemergian mak...
"Ya Allah, ampunilah Ibuku, naikkanlah darjatnya diantara
orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan
keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, Wahai Tuhan
sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di
dalamnya. Ya Allah, kau cucuri lah rahmat Mu keatas roh ibuku. Kau tempatkan lah ibuku bersama mereka yang beriman dan dikasihi di Syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Ameen"
Selamat pergi mak, tiada lagi pertemuan didunia untuk kita... Kami meredhai pemergian mu..InsyaAllah akan ada pertemuan antara kita diakhirat kelak. Ina akan terus merindui dan cintakan mak selamanya. Moga Mak tenang di sana.
Mak didn't go anywhere, Mak only went HOME, and one day, we will sure go HOME too and we will meet again... Missing you deeply Mak... Al-Fatihah
*** Hadirlah dlm mimpi Ina ye Mak...Ina rindu sgt2 dgn Mak, Ina sayangg Mak selamanya....


No comments:
Post a Comment