Mak,
Sudah 15 hari mak pergi meninggalkan kami semua selama-lamanya. Pergi mengadap Yang Maha Kuasa...Dan selama itulah kami hanya mampu memendam rasa rindu di jiwa dan rasa sebak di dada. Kadang2 rasa nak pecah dada ni menahan rindu...Hati Ina masih merintih dan menangis kerana kehilangan Mak, insan yang amat bermakna dlm hidup Ina. Kehilangan yg tiada gantinya sampai bila2...Ina bukan tidak meredhakan ketentuan daripadaNya, tetapi Ina merasakan rindu yg tak tertanggung di jiwa ini. Rindu sgt2 dgn mak...
'She's dying...' Tersentap jiwa ini bila itu yg diberitahu oleh Dr. Danial bila Mak admitted to hospital pada 23th Sept yg lepas. Ini adalah berdasarkan blood test results yg menunjukkan sel2 kanser telah menyerang tulang sum-sum Mak. Tulang sum-sum mak sudah tidak boleh produce darah sendiri. Ubat yang doc bagi sebelum ini tidak berkesan utk mak .. :( Masa Mak terlalu singkat doc kata. Doc explained in details condition Mak saat ini... Ya Allah, hanya Kau yg tahu apa yg aku rasa ketika itu... Begitu berat ujian yg Kau berikan pada hambaMu ini Ya Allah..
Kami tanya Mak, nak balik rumah ke? Mak nak balik rumah mak kata. Lepas 2 malam di hospital, Mak discharged. Ustaz Banting ada ziarah mak di hospital dan dia juga akan cuba ikhtiarkan utk Mak. Tika ini kami masih mengharapkan keajaiban dari Mu Ya Allah. Keajaiban utk Mak sihat dan pulih mcm dulu dgn izin Mu Ya Allah...
Mak,
Selama mak di rumah, anak2 Mak menjaga mak sepenuh hati kami. Along, Angah, Ina dan Adik...Ina bersyukur kerana diberi kesempatan menjaga Mak di saat-saat akhir Mak. Bersihkan Mak, lap bdn Mak, sediakan bubur dan susu Mak, beri Mak makan ubat, urut2 Mak.. Mak ingat lagi tak? Ina lap bdn Mak dgn air Zam-Zam, mak suka kan? Sejuk je Mak kata...Semua tu Ina takkan lupa sampai bila2 Mak...Kenangan terindah buat Ina..
Mak,
Along rendam kaki Mak dgn air garam nak bagi kaki Mak kuat utk bgn. Adik jaga Mak, bersihkan Mak, gunting rambut Mak... Angah ngan Along mandikan Mak..Mak ingat tak? Mak nak baring kat bwh, penat duduk atas katil Mak kata... Kitaorang angkat Mak baring kat bwh. Mak nak tegak, mak nak baring... Kitaorang suruh Mak janji Mak tamoh tegak baring bila duk kat bwh, tanak Mak penat.. Menantu2 Mak pun tolong angkat Mak...Mak ingat lagi tak?
Mak,
Ada ketika Mak seolah-olah mcm nak sihat. Mak byk berzikir, Mak borak2 ngan kitaorang. Along kata 'Mak cantiklaa'. Mak jawab 'Iyelaa, kalau tak mana ayah nakkan mak. Ayah suka mata mak, kening mak'...Along tanya 'Dlm semua anak Mak, siapa yg Mak paling sayang? ' Tanpa sesaat pun Mak berpk 'Semua Mak sayang'... Kitaorang pun sayanggggggg Mak sgt2...Ya Allah, rindunyaaa...
Mak,
Ramai yg dtg ziarah Mak kan? Saudara-mara yg jauh dan dekat, jiran2, kawan2 skolah Mak, kawan2 Mak di Cheras, kawan2 Mak semasa di HKL, kawan2 Ina, boss dan kawan2 Along, ramai lagi kan Mak?... Terima kasih pada semua ye....Boss Along siap2 puji2 Along kat Mak. Mesti Mak bangga dgn Along kan, Mak senyum je masa tu Ina tgk.... Mak kata semua yg dtg doakan untuk Mak supaya sihat... Ya Mak, semua nak kan Mak sihat, Mak sihat mcm dulu2...Mak ingat lagi tak?

Mak ingat tak Ina masak maggi utk Mak? Mak kata lama dah tak makan.. Mak makan byk juga masa tu.. Masa Mak sihat, Mak suka masak maggi utk kitaorg dan cucu2 Mak kan kalau ada yg nak....'Cucu Mak ada berapa?' '8' Mak jawab....
Mak,
Dpt juga Mak rasa durian belanda sblm Mak pergi. Mak Long Timah bawak. Sebelum tu puas Aidy ngan Maksu Yan carikan utk Mak, tak jumpa. Daun belalai gajah Aidy belikan utk sakit Mak... Mula2 Mak nak minum, lepas 2-3 kali minum, Mak tanak dah, rasa rumput mak kata... Mak minum teh nya je kan, tapi takpelaa ada juga khasiat nye yg Mak rasa.. Maksu Yan selalu dtg ziarah Mak, bwk makan2... Maksu sayangg kat Mak. Kalau Paksu ada, Paksu pun akan buat perkara yg sama kan Mak? Mak ingat lagi tak??? Makkkkk!!! jawablaaa mak..... :(
Mak,
Bacaan Yassin dan ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa kami dgrkan utk Mak supaya Mak tenang. Tidak putus-putus ciuman anak-anak dan ucapan sayang yang Mak terima pada saat itu. Di saat-sata akhir Mak, tidak lekang kalimah agung Laa Ilaaha Illallah
diperdengarkan di telinga Mak agar Mak tidak lupa akan Dia. Kami masing-masing bergilir-gilir mengucapkannya pada Mak...
Mak,
Hari itu, 14 Oktober 2013; 4:20 pm betul2 sewaktu azan Asar; Mak pergi meninggalkan kami semua selama-lamanya... Mak pergi dengan tenang. Mak pergi tidak berseorangan. Mak pergi disaksikan semua anak-anak Mak... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selepas Isyak Mak selamat dikebumikan. Ramai yg bersama2 utk solat jenazah. Sayup2 suara takbir Aidiladha mengiringi pemergian Mak...
Mak,
Kami anak-anak Mak sangat bersyukur kerana Allah telah memberikan kami peluang untuk menjaga Mak walaupun seketika. Indahnya dapat menjaga Mak. Indahnya dapat memandikan Mak, bersihkan Mak, menyuapkan mak Makan, lap badan Mak, mengangkat Mak, memeluk Mak, mencium Mak, dan segala-galanya yang dapat kami sempurnakan semasa menjaga Mak. Tapi sebenarnya ini tidak seberapa jika dibandingkan susah payah dan kasih sayang yg Mak berikan sejak anak-anak Mak kecil sehingga kini.
Saat memandikan jenazah mak adalah detik paling indah untuk Ina, Adik dan Angah. Maksu Yan pun ada sama2 memandikan Mak. Kami membersihkan lembut tubuh suci mak yang masih hangat itu sehingga wangi. Kami menatap wajah mak puas-puas... Along yang mengangkat jenazah mak sehingga ke liang lahad dan dpt menatap wajah Mak buat yg terakhir kalinya...

Moga Mak tenang di sana dan berbahagialah Mak di sisi-Nya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mak dan menempatkan Mak dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Ameen.
Mak, tidak sesaat pun Ina tidak merindui Mak...Wajah Mak dan kenangan2 bersama Mak tidak pernah lekang dlm jiwa ini... Hadirlah dlm mimpi Ina ye Mak, Ina tunggu...
Al-Fatihah...
*** Mak, Ina cemburu tgk Aidy telefon, borak2 dgn mak dia. Memanglaa, org ckp mak mertua mak Ina juga. Tapi tak sama dgn Mak sendiri kan Mak? Makkkkkkkk!!! Ina rindu mak.... Pada siapa Ina nak mengadu? Citer2 pasal Ina, citer pasal anak2, citer pasal keje....Mengharapkan ini semua hanya sebuah mimpi setiap kali bgn pagi, namunnnn hakikatnya ia masih sebuah realiti... :(

No comments:
Post a Comment